1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan satu-satunya institut pengajian tinggi awam yang terdapat di negeri Pahang. Sebagai sebuah universiti yang menjurus ke arah bidang kejuruteraan, menjadi satu kemestian untuk setiap pihak memajukan dan memperlengkapkan diri bagi setiap warga UMP dalam bidang kejuruteraan serta bidang- bidang yang ada kaitan dengannya sebagai satu langkah ke arah dunia global.
Sehubungan dengan itu, Pelajar daripada jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mengadakan satu program lawatan industri atau dikenali sebagai Singapore Industrial Visit 2009 (InSiv’09). Program ini bakal disertai oleh pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Asli) .
Program lawatan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki lagi kemahiran komunikasi antara para pelajar kejuruteraan kimia sesama sendiri disamping berkongsi pengalaman dengan industri yang bakal dilawati. Melalui pendedahan ini, para pelajar diharap akan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama-sama industri dan jurutera-jurutera mereka. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan suasana pekerjaan yang bakal mereka tempuhi. Program lawatan ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pelajar itu sendiri.
Singapura menjadi destinasi pilihan kerana kestabilan ekonomi dan politiknya. Selain itu, Singapura merupakan negara yang menjalankan industri petrokimia antara yang terbaik di Asia. Menjadi suatu peluang berharga, program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan lebih dekat kepada para pelajar mengenai teknologi hebat dalam bidang kejuruteraan kimia dalam bidang carigali minyak dan gas.
2.0 NAMA PROGRAM
Singapore Industrial Visit 2009 (InSiv’09)
3.0 TEMA
Profesionalisme
4.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA
Kertas kerja ini bertujuan:
4.1 Untuk mendapatkan kelulusan daripada Universiti Malaysia Pahang bagi membolehkan program ini dianjurkan.
4.2 Untuk mendapatkan sokongan dari segi kewangan dan pengangkutan daripada Universiti Malaysia Pahang dalam menjayakan program ini.
4.3 Mendapatkan peruntukan dan tajaan daripada pihak-pihak yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dan kepada mana-mana badan yang sudi menaja.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Menganjurkan program lawatan yang melibatkan para pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.
5.2 Sebagai platform merapatkan hubungan sesama pelajar di tahun akhir.
5.3 Memberi pendedahan awal suasana industri kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuhi alam perkerjaan.
6.0 JUSTIFIKASI PROGRAM
6.1 Sebagai platform bagi mahasiswa di UMP untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan jurutera.
6.2 Sebagai platform bagi pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal alam pekerjaan.
7.0 KLASIFKASI PROGRAM
Program Lawatan Industri Antarabangsa
8.0 PENGANJUR
Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
Universiti Malaysia Pahang
9.0 TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 5-7 Januari 2009
Tempat : Singapura
10.0 PESERTA
32 org pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
11.0 KONSEP PROGRAM
Lawatan industri ini menekankan komunikasi positif antara para pelajar UMP khususnya dikalangan pelajar-pelajar tahun akhir dengan pihak industri yang bakal dilawati. InSiv’09 juga menjadi platform bagi para mahasiswa UMP untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri sebagai persedian untuk menempuh alam perkerjaan kelak.
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran I
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran II
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran III
15.0 ULASAN PENASIHAT
Rujuk lampiran IV
16.0 PENUTUP
Singapore Industrial Visit 20089 adalah satu medan bagi pelajar-pelajar untuk melatih diri dengan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan dan jati diri. Objektif program ini hanya akan dapat dicapai sekiranya semua peserta dan pihak universiti memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Disamping itu, ia diharap dapat memberi inspirasi dan semangat dikalangan warga UMP untuk terus berusaha dan memajukan mutu pembelajaran agar dapat menjadi diantara pelajar-pelajar inovatif yang terbaik di UMP. Diharapkan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sumbangan daripada semua pihak agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Lampiran I
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
Tn Haji Mohd Noor b Nawi
Pengarah UIC
Universiti Malaysia Pahang
AJK Pelaksana
Pengarah Program
Nur Muhammad Afifi Bin Zainal
Timbalan Pengarah
Nor Hafiza bt Hamidon
Setiausaha
Azliya bt Abd Rahman
Bendahari
Siti Fatimah bt Ariffin
Unit Logistik
Mohamad Fariz b Ahmad
Ng Wei Chet
Mohd Khairul Afizan b Harun
Norasyikin bt Che Pi
Unit Hubungan Luar
Tea Lei Kwan
Florina Geduin
Mohd Faizan b Jamaluddin
M. Fakhrur Azhar b Tukiman
Unit Cenderahati
Norlaila bt Mok
Muhammad Shahairie b Abd Razak
Lim Kee Chuan
Unit Tugas-tugas Khas
Muhamad Lukman b Manshor
Noriman Hamizan b Hamdan
Mohd Asraf b Abd Rahim
Unit Makanan
Norasmah bt Hj Othman
Mohd Hafiz b Mohamad
Ahmad Syauqi b Othman
Lampiran II
TENTATIF PROGRAM
5 Jan 2009
10.00 mlm : Bertolak dari UMP
6 Jan 2009
5.00 pagi : Tiba di Singapura
8.00 pagi : Bersiap sedia dan bergerak ke industri I
9.00 pagi : Lawatan Industri I
12.00 tgh hari : Makan Tengahari , Rehat, bersiap sedia untuk industri II
2.00 ptg : Lawatan Industri II
4.00 ptg : Check-in di hotel/tempat menginap
5.00 ptg : Melawat Zoo Singapura
8.00 mlm : Aktiviti Bebas
7 Jan 2009
8.00 pagi : Check-Out dari Hotel/ tempat penginapan
9.00 pagi : Bertolak ke Pulau Sentosa
10.00 pagi : Melawat Pulau Sentosa
5.00 ptg : Melawat sekitar Singapura
11.00 mlm : Bertolak Pulang ke UMP
hahaha…inilah salah satu program yg ak akan attend…lalalala…semoga berjaya laa…weh, korg suma setuju erk..ngan tugas2 yg ak dah state tuh…ok2..hape2 hal korg kontek la ak erk..ja jang…