~Realiti*Melerai*Fantasi~

Realiti Kehidupan Aku

Persis Si Kecil October 13, 2009

Filed under: ~haiyi~ — pja @ 5:52 pm

Makanan penuh di genggamannya..juga digenggaman insan di hadapannya..tidak sampai separuh pun sempat dijamahnya..penuh kembung  juga mulut untuk dihadam dengan laju..

“Jom, cepat..kita main kejar-kejar nak?’

“Nanti..nanti..kan biskut tak habis makan nie..senak perut aku nak kejar kau nanti..hurrrmmm..”

“Hahaha..perut kau kerasnyer..tulah..makan banyak sangat..kembung perut” tersembur-sembur serpihan kecil biskut seiring dengan percakapannya.

“Kau ejek perut aku..perut kau pon kembung jugak..ah..siap semburan free lagi kau kasik aku yerk..kan aku dah cakap kita makan dulu..baru main kejar-kejar..” tidak mahu kalah juga aku dengannya.

Ketika ini aku rasakan kami sangat comel berlari bersama-sama sambil makan biskut sampai comot-comot..Memang persis si kecil..aku dan dia..

Mulanya giliran aku mengejarnya..aku kejar kejar dan kejar sepantas mungkin..aku tidak mahu selama-lamanya aku mengejar dia..dia juga perlu mengejar aku nanti..hahaha..itu tekad yang pasti..aku terus berlari dan semakin hampir aku cuba gapai tangannya..

“hahaha..kau pula kejar aku..aku nak lari..tata..”aku mula mengatur langkah pantas meninggalkannya dibelakang

“jangan harap kau dapat lari jauh..aku kejar kau sampai hujung dunia taw..”aku dengar jeritannya dalam kemengahan..aku peduli apa..perlu bagi aku untuk lari laju lagi

“kejarlah sampai dapat..aku nak lari laju laju nie..”aku menjerit keriangan sambil berlari sekuat-kuat hati..

tidak sampai beberapa saat pun terasa tangan aku digenggam erat..

“tak dapat lari lagi..hehehe..sekarang aku bawa kau lari pula ya..”buntang mataku dan sambil tersenyum aku berlari bersama-samanya..dan terusan kami tertawa bersama-sama..

hahaha..ketawa riang kami memecah keheningan petang  sepi itu..

Berlari-larian kegembiraan

sesudah penat kami berteduh di bawah pondok beratapkan daunan nipah kering..kepenatan dan dengusan nafas berat silih berganti antara kami..aku memang kepenatan..berpeluh-peluh..puas rasanya berlari-lari di tengah tengah padang ini tanpa gangguan siapa siapa pun..

“comot mulut kau..meh aku lapkan..”aku hanya memandang dan duduk diam-diam ketika dia membuang sisa-sisa biskut di sekitar bibir dan pipi

“alah..kau pun comot jugak..nak aku lapkan tak??..”dia menggangguk saja..dan aku juga sepertinya..membuang buang setiap sisa-sisa yang melekat..sengaja aku kasarkan pergerakanku..terkelip-kelip matanya menahan sakit barangkali..

“kasarnya kau nie..”

“hehehe..pada kau saje aku kasar..sebenarnya aku lemah lembut..”jari jemari masih mengitari wajahnya..dan secara tiba-tiba tanganku ditangkapnya dan digenggam erat..

“aku nak kucup tangan kau atas pelamin kita nanti..boleh??”

mimpi

gelap gelita aku lihat disekeliling..aku bukan di padang hijau tadi..dia juga tiada..eh..laaaa..aku atas katil..atas tilam bercadar hijau ni rupanya..tahulah aku bahawa

AKU HANYA MIMPI..

kalaulah realiti ungkapan akhirnya itu, sebelum aku terjaga..aku akan membalasnya dengan anggukan yang pantas..hahaha

“Ok..aku tunggu yee..!!”

 

**************************************

 

Menatap Matamu – Aril AF7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

 

aku memang rasa rindu untuk menatap mata kau

 

121009 ~ 1225 ~ 1638 October 13, 2009

Filed under: ~haiyi~ — pja @ 12:19 am

saat2 yang mencemaskan saya..serius..saya kalut..gelisah dan tidak senang duduk..kerja yang bertimbun saya rsakan mau siapkan secepat mungkin..

namun, mana mungkin masa juga berlalu sepantas itu andai ianya dalam rangkum penantian..dan sekitar ini, tepat empat jam menanti masih tiada sebarang panggilan khabar gembira dari pihak sana..

saya masih teringat jelas saat pemergian saya dari sisinya..setelah pipinya saya kucup penuh syahdu, dan airmata bergenangan..saya doakan pembedahan mak cepat dan lancar..airmatanya juga saya lihat bergenangan..berat betul nak tinggalkan katil yang dihuni oleh insan yang paling saya sayangi itu..

disaat-saat2 usianya mencecah 50 tahun..saya memberi berita gembira dengan kejayaan saya meraih ijazah sarjana muda..hadir emak dan kakak2 dihari bahagia itu amat saya hargai..lalu saya titipkan sebuah harapan ikhlas..akan aku bahagia kan kalian dengan kepingan ijazah ini..itu janji saya..

dan sempena harijadinya yang ke-50 ini, saya hadiahnya sebuah buku yang saya harapkan dia membaca dengan penuh minat..

hadiah besday mak

 

 

ak dan emak

Ya Allah, permudahkanlah urusan ini..lancarkanlah proses pembedahan ini..aku tidak mengharap pada sesiapa kecualiMU ya ALLAH yang maha Mengetahui..

**1638 + “Dik, mak da selesai operate” NUAR..

Alhamdulillah…~~~

 ***************************************

kata2 cinta untuk emak

Selamat Ulang Tahun Ke-50 Emak,

Seiring dengan usiamu emak,

aku berdoa senantiasa,

agar dirimu bahagia dan gembira selalu,

Tampil dengan usiamu yang diberkati ini,

aku sentiasa mendoakan agar

seisi keluarga kita juga tampil bahagia dan ceria

Semoga Allah memberkati emak selalu..

mulai langkahmu dengan kalimah mulia..

Lailahaillallah..Muhammadurrasulullah..

 

Sayang Selalu..PIJA ^^v~~

 

October 9, 2009

Filed under: ~haiyi~ — pja @ 4:20 pm

setelah sekian lama tidak menaip dan menaip dlm blog kesayangan nie..menyebabkan sawang2 berserabutan (hape ke benda perkataan ni)..dan kali ini aku terpanggil untuk melempiaskan sedikit rasa hati..kihkih..(kecewa ker??)..xpoooonnn~~

ok..memandang gambar2 sekitar hari raya aku xupload lagi so skrang ak nak upload pon rse cam malas plak..heh..cuma ad satu pic tem raya dlu yg ak ske sangat2 la..memberi ibrah (impact) pada ak..hurm..selain 2..pic ni comey gak..

helmi at my dad's grave..lovely

dan xlama pas2 ak pon konvo pada 3hb Oktober 2009..yeah..berjaya mendapat degree of chemical engineering..lalala..so skang ak kena berkerja keras mencari duit..untuk apa??..chopi n travel la kawan..ak mn leh dok senyap2..tp kalo senyap tu..senyap trus..hahaha..tido pon penting..

kak ija, kak izma dan mak masa konvo

ni plak pic sorang2..muka gedik xmo senyumm..hekhek..xper2..nampak comey sket dari pic masa dip dlu.hehehe..

Degree of Chemical Engineering holder

sok ak nak balik kg..nak tgok mak nak operate 12hb nie..hopefully suma nyer selamat la hendaknyer..ak ni anak emak jadik ak kena balik tgok emak..mak tgu orang balik erk..

so.pose suda..raya sudah..konvo pon sudah..skrang nk tgu ada rezeki untuk kerja plak..so performance di tempat keje perlu dipertingkatkan utk diserap masuk..erh..nk jadik cikgu x??..nak nak nak..jom2 isi borang..