Makanan penuh di genggamannya..juga digenggaman insan di hadapannya..tidak sampai separuh pun sempat dijamahnya..penuh kembung juga mulut untuk dihadam dengan laju..
“Jom, cepat..kita main kejar-kejar nak?’
“Nanti..nanti..kan biskut tak habis makan nie..senak perut aku nak kejar kau nanti..hurrrmmm..”
“Hahaha..perut kau kerasnyer..tulah..makan banyak sangat..kembung perut” tersembur-sembur serpihan kecil biskut seiring dengan percakapannya.
“Kau ejek perut aku..perut kau pon kembung jugak..ah..siap semburan free lagi kau kasik aku yerk..kan aku dah cakap kita makan dulu..baru main kejar-kejar..” tidak mahu kalah juga aku dengannya.
Ketika ini aku rasakan kami sangat comel berlari bersama-sama sambil makan biskut sampai comot-comot..Memang persis si kecil..aku dan dia..
Mulanya giliran aku mengejarnya..aku kejar kejar dan kejar sepantas mungkin..aku tidak mahu selama-lamanya aku mengejar dia..dia juga perlu mengejar aku nanti..hahaha..itu tekad yang pasti..aku terus berlari dan semakin hampir aku cuba gapai tangannya..
“hahaha..kau pula kejar aku..aku nak lari..tata..”aku mula mengatur langkah pantas meninggalkannya dibelakang
“jangan harap kau dapat lari jauh..aku kejar kau sampai hujung dunia taw..”aku dengar jeritannya dalam kemengahan..aku peduli apa..perlu bagi aku untuk lari laju lagi
“kejarlah sampai dapat..aku nak lari laju laju nie..”aku menjerit keriangan sambil berlari sekuat-kuat hati..
tidak sampai beberapa saat pun terasa tangan aku digenggam erat..
“tak dapat lari lagi..hehehe..sekarang aku bawa kau lari pula ya..”buntang mataku dan sambil tersenyum aku berlari bersama-samanya..dan terusan kami tertawa bersama-sama..
hahaha..ketawa riang kami memecah keheningan petang sepi itu..
sesudah penat kami berteduh di bawah pondok beratapkan daunan nipah kering..kepenatan dan dengusan nafas berat silih berganti antara kami..aku memang kepenatan..berpeluh-peluh..puas rasanya berlari-lari di tengah tengah padang ini tanpa gangguan siapa siapa pun..
“comot mulut kau..meh aku lapkan..”aku hanya memandang dan duduk diam-diam ketika dia membuang sisa-sisa biskut di sekitar bibir dan pipi
“alah..kau pun comot jugak..nak aku lapkan tak??..”dia menggangguk saja..dan aku juga sepertinya..membuang buang setiap sisa-sisa yang melekat..sengaja aku kasarkan pergerakanku..terkelip-kelip matanya menahan sakit barangkali..
“kasarnya kau nie..”
“hehehe..pada kau saje aku kasar..sebenarnya aku lemah lembut..”jari jemari masih mengitari wajahnya..dan secara tiba-tiba tanganku ditangkapnya dan digenggam erat..
“aku nak kucup tangan kau atas pelamin kita nanti..boleh??”
gelap gelita aku lihat disekeliling..aku bukan di padang hijau tadi..dia juga tiada..eh..laaaa..aku atas katil..atas tilam bercadar hijau ni rupanya..tahulah aku bahawa
AKU HANYA MIMPI..
kalaulah realiti ungkapan akhirnya itu, sebelum aku terjaga..aku akan membalasnya dengan anggukan yang pantas..hahaha
“Ok..aku tunggu yee..!!”
**************************************
Menatap Matamu – Aril AF7
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
aku memang rasa rindu untuk menatap mata kau






![[ Click Me More Comment ]](http://comment-glitter.com/hosting/code4557.gif)